Kes 1
Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nak bentuk keluarga solehah. Tetapi, asyik fikir macam mana nak bulan madu. Nak buat teknik macam-macam. Saya putuskan petunangan kerana merasakan dia tidak boleh bimbing saya soal agama.Note: Agama sangat penting untuk membentuk sebuah keluarga yang bahagia. Pilihlah jejaka dari keturunan dan sifat yang ada agama berbanding rupa dan harta.
Kes 2
Malam pertama saya berendam air mata kerana suami melarikan diri selepas akad nikah. Dia bergaduh dengan ibubapa saya kerana soal wang hantaran dan mas kahwin. Malam itu, dia keluar kononnya nak beli rokok, tetapi sampai subuh tak pulang. Kami bercerai 3 bulan kemudian.Note: Setiap permasalahan perlulah berbincang dengan baik antara keluarga. Pergaduhan bukan jalan penyelesaiannya. Sebelum diijabkabulkan, kedua dua pihak harus mendalami dan mengenali antara satu sama lain.
Kes 3
Selepas 3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami bertugas di Sabah. Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias cantik. Apabila saya geledah satu almari tetamu, penuh baju perempuan. Puas ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumah dengan kekasihnya. Saya lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk. Lepas pantang saya terima surat cerai. Dia tidak pernah tahu macam mana rupa anaknya.Note: Pihak perempuan tidak betul betul mengenali si suaminya sehingga pihak ketiga berani melakukan perkara yang tidak bermoral dengan berkongsi satu rumah dengan lelaki bukan muhrimnya. Walaupun dalam tempoh cerai, pihak lelaki harus mengetahui keadaan si isteri samaada si isteri mengandung ataupun susah pada masa itu.
Kes 4
Beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun duit saya. Sekarang duit ansuran rumah, kereta, susu anak, belanja dapur semua dibahu saya. Dia cuma beri benih sahajaNote: Tanggungjawab suami bukan setakat batin sahaja tapi zahir juga. Nafkah makanan, tempat tinggal, keperluan harian semua dia bawah tanggungjwab suami. Jika tidak mampu jangan berkahwin. Cari duit dan barulah fikir untuk membentuk sebuah keluarga yang diberkati.
































